2014
Click to go Dans Gift Site

So Are You Ready to be Business Entreprenuer?

Change your focus from making money to serving more people. Serving more people makes the money come in - Robert Kiyosaki

What Are You Desire For Your Life?

In order to be succeed,your desire for success should be greater than your fear of failure - Bill Cosby.

Be a Smart Consumer, Switch to eCosway Products

Personal Care - Household - Skin Care - Health Supplement - Affordable Price - Great Quality - Wide Variety of Products

Ingin Memiliki Apa Yang Anda Idamkan

Setiap Langkah Yang Diambil Pastikan Ianya Mendekatkan Ke Arah Matlamat Anda - Irfan Khairi

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57...Merdeka..Merdeka..Merdeka - Isfahaza

Pray for #MH17

Ucapan Takziah Buat Masa Mangsa Tragedi Nahas MH17 di Timur Ukraine

Sunday, August 31, 2014

Tukar Persekitaran Jika ingin Mulakan Bisnes Sendiri

Tak yakin memulakan bisnes sendiri? Rasa berat, tak yakin, dan was-was nak mulakan bisnes sendiri itu memang perkara biasa bagi orang baru. Memang bertuahlah siapa yang mulakan bisnes dengan bersemangat dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi sebab kebanyakkan orang berjaya hari ni pun penuh dengan ragu-ragu masa nak bermula…

Chef Li Jutawan Senyap pun lemah semangat masa mula start bisnes. 1001 perasaan ragu-ragu masa nak mula. Sifu kami beberapa kali fikir nak berhenti masa mula-mula start bisnes. Irfan Khairi cuma dapat 3 customer setahun berniaga. Azizi Ali rugi RM100,000 buka bisnes pertama dia jual alatan muzik. Robert Kiyosaki jatuh bangkrap dengan bisnes pertama dia…

Itulah dia kalau nak bercakap pasal “semangat”….

Jadi untuk ruangan artikel saya ini akan menerapkan tentang pentingnya untuk kita tukar persepsi diri bergantung pada persekitaran kita. Jenis persekitaran yang bagaimana harus kita tempuhi untuk kita ubah pemikiran kita ke arah untuk memulakan bisnes sendiri, jadi luangkan masa anda sebentar di blog kami ini untuk mendapatkan kepastian atau jawapan yang selama ini anda masih tercari-cari bagi mereka yang sudah mulakan bisnes mahupun yang baru ingin ceburi dalam bidang perniagaan ini. Oleh itu sama-samalah kita ambil ilmu yang berguna ini untuk kita guna pakai di luar sana.

Tukar Environment, Dapatkan Semangat

Semangat tak datang dengan duduk sahaja. Kena keluar rumah… tukar enviroment… bergaul dengan orang bisnes, hadiri perjumpaan bisnes, baca buku bisnes, dengar CD orang berjaya. Itulah ‘makanan’ harian untuk terus bersemangat dengan bisnes dan juga agama. Hadir majlis ilmu, hadir usrah, jumpa sahabat yang soleh, berjemaah di surau dan masjid,  dengar CD kuliah dan Quran, baca Al-Quran dan buku-buku agama. Itulah cara nak terus ‘bersemangat’ dalam beragama.

Tips yang saya bagi ni bukan teori, tapi inilah antara prinsip yang diamalkan oleh SESIAPA SAHAJA untuk berjaya. Baca 1000 buku pun, mereka tetap akan cakap tentang pentingnya tukar environment (bahan bacaan, pergaulan, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar) untuk berjaya. Pentingnya biah solehah (suasana membina) kalau nak jadi orang soleh dan solehah. Irfan Khari, Chef Li, Kiyosaki, Azizi Ali, dan semua orang berjaya akan bercakap benda yang sama iaitu Tukar environment…

Berikan Masa 6 Bulan, Tukar Environment

Tak ada keajaiban dengan hanya duduk di rumah dan berfikir sepanjang hari. Kalau sahabat dan rakan-rakan di luar sana ingin nak mulakan bisnes sendiri, cara paling mudah ialah tukar environment dulu. Dengan izin tuhan, insyallah semuanya akan jadi lebih mudah.

Persoalannya, berapa lama perlu tukar environment baru bisnes jadi mudah? Menurut Kiyosaki, sekurangnya 6 bulan, bukan hari ni datang seminar, esok jadi jutawan! Bukannya sekali datang seminar, bulan depan bisnes kencang. Datang seminar, hadir workshop, baca buku, bergaul dengan orang berjaya secara konsisten at least 6 bulan, insyaAllah sahabat semua akan nampak bisnes ni tak lah sesusah yang disangka… Susah hanya bagi orang yang belum ada mindset yang betul tentang bisnes… Nak tukar mindset tak mungkin berlaku dalam satu malam. Ia bermula dengan tukar environment….

Wallahu a'lam...


HIDUP ANDA TIDAK MENJADI LEBIH BAIK SECARA KEBETULAN, TETAPI AKAN MENJADI LEBIH BAIK DENGAN PERUBAHAN


Lazada Malaysia



Saturday, August 23, 2014

Trend Masa Kini Perniagaan secara Online

Ramai diantara kita sudah tahu tentang bisnes online atau pun perniagaan atas talian. Kepada yang belum memahami tentang perniagaan atas talian ini, saya akan terangkan. Perniagaan diatas talian merupakan perniagaan yang tidak memerlukan kedai. Anda hanya menggunakan medium laman sosial untuk memaparkan produk anda dan seterusnya membuat pemasaran.

Sedikit pemerhatian saya berkaitan trend bisnes online ini, ramai rakyat malaysia yang memulakan bisnes online sangat-sangat mengharapkan produk yang dijual laris dipasaran. Disini saya ingin berkongsikan dengan anda semua tentang cara atau tips untuk melakukan bisnes secara online.

Seperti saya dalam apa sahaja bisnes yang saya ingin lakukan saya akan pegang kata-kata ini "Jangan fikir hari ini buka bisnes, esok boleh untung sejuta"...anda fahamkan dengan kata-kata saya tadi, ia akan membantu anda memahami konsep bisnes online mahupun offline.



1. Pilih Produk.. pemilihan produk ini bermaksud kesesuaian produk yang anda ingin jual. Produk yang baik adalah produk yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Sebaik baiknya adalah produk yang digunakan setiap hari oleh pelanggan. Contohnya anda ingin menjual tudung. Kuasa membeli adalah wanita wanita berkerjaya ataupun suri rumah yang mempunyai kuasa wang. Memandangkan sudah banyak tudung yang dijual secara offline di pasar pasar malam ataupun supermarket, namun trend membeli secara online menjadi pilihan pada masa sekarang. Ramai wanita lebih berminat untuk melihat koleksi koleksi tudung didalam katalog online semasa waktu rehat atau pun masa terluang mereka. Jadi pastikan bahawa produk anda mempunyai daya penarik yang tinggi. Elakkan menjual barang barang yang tidak akan mendapat sambutan. Contohnya anda ingin menjual gula secara online, dan sudah semestinya produk anda tidak akan mendapat sambutan.

2. Kurangkan modal.. Terdapat banyak bisnes online yang tidak memerlukan modal seperti dropship dah sebagainya. kurangkan modal disini bukan bermaksud anda tidak memerlukan modal langsung, maksudnya cuba cari produk atau bisnes yang memerlukan modal yang kecil untuk dilaksanakan.  contohnya seperti anda boleh mencuba untuk menjual air ditepi jalan, atau juga buah-buah potong. anda jangan fikir perniagaan ini tidak akan membuatkan anda kaya.. cuba anda bayangkan jika anda menjual air,  Harga bagi 1 plastik air = RM1, katakan anda berjaya menjual air sebanyak 200 plastik sehari..setakat 200 plastik tu apa lah sangat, kalau hari panas, 500 plastik pon boleh laku kalau lokasi anda sangat baik. jadi sehari anda berjaya mengumpul RM200..tolak modal perasa air, ais, straw, plastik sume RM50. jadi untung anda RM 150 sehari, hanya menjual air. sebulan 30 hari = RM4500.. katakan pula anda ada 5 cawangan kedai jual air ni.. anda kirakan sendiri berapa keuntungan anda. Mungkin angka yang dinyatakan kadang-kadang tidak releven jika lokasi perniagaan anda hambar dan tidak menjadi tumpuan orang ramai. Cuma jangan terlalu taksud mengejar keuntungan, fikir bahawa bisnes adalah salah satu cabang rezeki dan rezeki itu datangnya dari Allah SWT. pelanggan-pelanggan anda yang membeli produk anda hanyalah perantaraan untuk anda mendapatkan rezeki.

3. Elakkan membuat pinjaman..  ini sangat penting kepada anda. anda harus ingat, lebih baik mulakan perniagaan kecil kecilan daripada terus membina empayer perniagaan yang besar dan kemudian anda kecundang dengan modal yang besar. Contohnya anda membuat pinjaman bank 100,000 ... sudah semestinya anda mendapat kedai yang besar. namun dengan pengalaman dan ilmu perniagaan yang cetek, sudah semestinya tidak sampai 6 bulan anda akan kecundang dan terpaksa pula menanggung beban hutang. Jika perniagaan kecil kecilan anda maju, boleh lah pula dikembangkan dengan hasil keuntungan tadi.

4. Bersedia untuk gagal.. ini berkait rapat dengan perkara no.3 di atas. apabila anda memulakan perniagaan, anda adalah ceo dan penggerak dan penjana duit kepada bisnes anda. jadi jika produk anda tidak mendapat sambutan daripada pelanggan, sudah semestinya anda akan berada pada titik bahaya. ramai peniaga akan kecundang seawal sebulan memulakan perniagaan, ini kerana mungkin produk yang dijual tidak mempunyai sifat unik. contohnya terlalu ramai yang menjual produk yang sama secara online dan produk anda tidak mempunyai keunikan tersendiri atau mungkin produk yang dijual disesuai dijual secara online. Namun jangan takut untuk mencuba, jatuh bangun adalah perkara biasa dalam perniagaan.

5. Ambil gambar produk dengan cantik ..  ini sangat sesuai bagi sesiapa yang menjalankan bisnes menjual tudung, kain, pakaian dan seangkatan dengannya. Sila ambil gambar yang menarik. Kalau anda seorang penjual tudung atau baju kurung, dapatkan khidmat model (adik beradik ke, kawan ke) yang agak boleh tahan kecomelan atau kecantikkan nya. jangan ambil gambar guna patung, nampak kurang profesionalnya. Anda harus tahu bahawa pembeli wanita lebih bernafsu untuk membeli jika melihat barang-barang yang cantik dan kemas, ditambah pula dikenakan dengan model yang cantik molek, komfem terus beli. kenapa ? kerana ramai pembeli online membeli dengan menggunakan kuasa nafsu. bila melihat model memakai tudung atau pakaian tersebut, kelihatan sangat cantik, itu lah anggapan mereka apabila mereka memakai pakaian itu.

6. Bina blog. Setelah anda mendapatkan produk dan mengambil produk tersebut, anda perlu membina blog untuk produk tersebut. Kenapa perlu membina blog? Kerana ia adalah sangat penting supaya blog yang dibina akan muncul di enjin carian google. Sering kali pengguna di internet suka mencari sesuatu dengan membuat carian di google. Jadi, anda perlu ada blog supaya blog tersebut akan keluar di enjin carian google. Berbanding jika menggunakan facebook pula, carian di google sangat jarang memaparkan link facebook. Untuk membuat blog, tidaklah susah. Anda boleh mulakan dulu dengan membina blog di blogspot dan jika anda ada budget lebih, anda boleh membina blog yang berbayar.
Jika anda tidak mahir dalam pembikinan blog, anda boleh upah orang lain untuk buatkan. Anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk pembinaan blog supaya blog anda Nampak lebih menarik dan cantik. Ini adalah penting kerana kita perlu menarik minat pengunjung yang melawat ke blog tersebut. Jika blog tersebut suram dan serabut, mood pelawat kita akan menurun dan kemungkinan besar mereka akan terus keluar dari blog anda. Sama juga jika kita pergi ke kedai. Jika kedai tersebut menarik, sudah tentu kita akan berasa seronok untuk membeli dan akan lama dalam kedai tersebut. Manakala jika kedai tersebut suram dan bersepah, agak-agaknya kita akan duduk lama tak dalam kedai tersebut? 





7. Buka akaun facebook.. Anda perlu membina satu fanpage khas untuk menjual produk tersebut. Anda tidak boleh menjual di personal profile anda kerana kemungkinan besar akaun anda akan ditutup serta merta oleh facebook. Ini kerana facebook mempunyai terma dan syarat dimana anda hanya boleh menjual menggunakan fanpage sahaja dan bukan personal profile anda.

Kenapa anda perlu membina facebook sedangkan anda sudah membina blog untuk menjual? Dengan adanya blog, kemungkinan besar blog anda akan dapat dilihat di enjin carian kerana rata-rata pengguna internet akan menggunakan google untuk mendapatkan maklumat mengenai apa sahaja. Facebook pula, jika kita sudah ada fanpage menjual tudung sebagai contoh, maka kebarangkalian LIKE yang kita dapat di fanpage tersebut adalah mereka yang berminat dengan tudung. Jadinya anda sudah anda pembeli yang targeted untuk tudung yang anda jual di facebook.
Jika digabungkan kedua-dua cara ini, produk anda akan laku dengan pantas. Pastikan anda letakkan badge facebook anda di dalam blog dan jangan lupa juga meletakkan link blog anda didalam fanpage anda.
8. Promosi.. Yang ini adalah perkara paling penting dalam perniagaan online. Bagus mana pun produk anda, secantik dan sehebat mana pun produk tersebut, jika salah cara promosinya, produk anda tidak akan terjual. Di online, kita perlu iklankan supaya orang tahu akan kewujudan blog dan facebook yang kita bina tadi. Lain jika anda mempunyai kedai yang nyata. Orang yang lalu lalang di kawasan sekitar, dapat melihat kedai anda. Jika di online, orang tak kan tahu jika kita tidak membuat promosi. Untuk membuat pengiklanan, ada cara yang berbayar dan percuma. Untuk pengiklanan percuma, anda boleh letakkan di laman web pengiklanan percuma seperti Mudah.my dan lain-lain. Untuk pengiklanan berbayar, anda boleh gunakan pengiklanan di facebook, pengiklanan di google dan menyewa slot iklan dimana-mana blog atau forum.
( Perkara no 6-8 diambil dari http://www.irfankhairi.com) 

9. Buat peraduan.. Untuk memajukan lagi page facebook anda ataupun blog anda, apa salahnya anda menganjurkan peraduan untuk menarik ramai pelanggan untuk masuk ke blog anda. Secara tidak langsung blog produk anda akan lebih dikenali dan meningkatkan kuasa membeli produk anda. Sediakan hadiah yang tidak terlalu mahal, boleh juga menggunakan produk anda sebagai hadiah.

10. Jangan Kedekut.. perkara ini biasa terjadi, namun tidak semua manusia mempunyai sifat kedekut atau berkira. Contohnya, dikatakan lah perniagaan anda semakin maju dan mungkin anda mendapat keuntungan hampir RM10,000 sebulan atau lebih, jangan kedekut untuk mendermakan sedikit rezeki yang kita dapat kepada insan insan yang memerlukan. Percaya bahawa anda memudahkan urusan seseorang, maka Allah SWT akan memudahkan urusan anda dan melipat gandakan rezeki anda. Anda tidak akan miskin jika anda mendermakan harta anda kejalan yang baik.


Jadi apa kaitannya entri ini dengan blog perniagaan saya ini. Zaman sekarang ini banyak perniagaan yang dibuat boleh dipromote secara online dan sekarang ini juga teknologi semakin berkembang, kita boleh mendapatkan apa sahaja informasi dengan mudah ibarat "Dunia Tanpa Sempadan". Jadi gunakanlah platform yang telah disediakan untuk kita hebahkan kepada orang ramai tentang perniagaan kita ini tetapi mestilah dengan cara dan saluran yang betul....

Itu sahaja perkongsian tentang cara mudah untuk memulakan perniagaan online. di harap anda mendapat sedikit sebanyak info yang berguna.


Lazada Malaysia



Tuesday, August 19, 2014

Setiap Masalah Mesti Ada Jalan Penyelesaiannya


Dalam kita menempuhi ranjau dan onak duri kehidupan ini, yang pastinya kita semua tidak pernah lepa dengan pelbagai masalah yang timbul di sekeliling kita, mengikut statistik atau kajian yang dibuat hampir 80% rakyat malaysia menghadapi masalah kewangan. Jadi entri saya untuk kali ini adalah "Setiap Masalah Mesti Ada Jalan Penyelesaiannya" amat sesuai sekali untuk kita selitkan dalam blog saya ini.

Masalah sebenarnya adalah ujian Allah untuk mengukur sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai kifarah dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba- Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.



Sebagai manusia kita sering terlupa dan lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah...hidup ini sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Dunia ini berwarna-warni dan beragam bentuknya banyak dugaan dan rintangannya.Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Untuk rasa sakit, ada kesembuhan. Untuk penyakit, ada ubat. Untuk haus, ada air. Untuk kesulitan, ada kelapangan. Dalam kesempitan, ada kebahagiaan. Jika malam semakin gelap, pertanda akan muncul fajar. 

Kesulitan itu memberi hikmah dan pelajaran. Kesulitan mengajarkan erti kemampuan untuk memikul beban dan bertahan. Kesulitan menghapuskan dosa. Kesulitan memperbanyak pahala. Maka bila berhadapan dengan masalah, tenang, sabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

Rasulullah (s.w.a) bersabda :

"Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat".

"Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat".

"dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat".

CARA MENGATASI MASALAH


1.Bersangka Baik Terhadap Ujian Allah
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan:

“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal.” ( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” ( al-Baqarah: 45)

3.Jangan Sedih dan Kecewa
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

"Bila kita merasa susah ada orang yang lebih susah dari kita dan bila kita merasa senang ada orang yang lain lebih senang...maka hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita".

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216).

Setiap musibah itu mempunyai tujuan dan setiap kali kita merasa takut dan gelisah, lalu kita akan banyak berdo'a dan meminta kepada Allah SWT. 


Sebagai seorang muslim juga kita digalakkan membantu orang dalam kesusahan dan mempunyai masalah sekiranya kita mampu membantu mereka setidak-tidaknya dengan doa kita kepada mereka diringan bebanan. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya.



Lazada Malaysia



Sunday, August 17, 2014

10 Faktor Usahawan Perniagaan Gagal

Banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar hanya beberapa tahun selepas dimulakan.


Lebih buruk, ada perniagaan yang terpaksa ditutup hanya setelah beberapa bulan beroperasi. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam dunia perniagaan. Di mana-mana sahaja kita akan dapat melihat situasi ini. Perniagaan yang baru beroperasi tidak sepatutnya gulung tikar dalam masa yang singkat.

Jadi dalam ruangan artikel saya kali ini ingin membicarakan tentang faktor-faktor mengapa kebanyakan usahawan perniagaan yang sedang baru berkembang telahpun terkandas atau mengalami kerugian dalam jangka masa yang singkat dan topik ini amat bagus sekali untuk kita kongsikan bersama dengan anda semua memandangkan rata-rata zaman sekarang ini semua ingin mencari peluang untuk berniaga bagi mendapatkan pendapatan sampingan dengan mengharapkan makan gaji sahaja tidak cukup untuk kita menampung kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini.
10 Faktor Perniagaan Gagal
Di sini saya senaraikan sepuluh faktor yang menjadi punca kegagalan seseorang usahawan baru dalam perniagaan.
#1 – Tidak mempunyai pengalaman dan kelayakan
Tidak mustahil bagi seseorang usahawan yang tidak mempunyai sebarang pengalaman , atau kelayakan akademik dalam bidang berkaitan berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
Namun tidak mustahil juga untuk usahawan yang tiada sebarang pengalaman, atau ilmu mengalami kerugian dalm perniagaan.
Terdapat banyak kursus atau seminar yang ditawarkan kepada usahawan untuk mendapatkan ilmu perniagaan, selain dari institut-institut pengajian atau kolej yang menawarkan pendidikan secara formal.
#2 – Tidak mempunyai skill dalam pengurusan
Kesilapan yang dilakukan ramai usahawan ketika ini ialah, mereka hanya tahu menguruskan belanjawan syarikat untuk mendapatkan stok atau produk.
Tetapi tidak mampu untuk menguruskan belanja tersebut supaya syarikat mempunyai simpanan dan wang pusingan modal yang mencukupi.
#3 – Tidak menggunakan bakat secara maksimum
Sesetengah usahawan adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti jurureka dalaman (interior designer) atau jurufoto.
Sebagai usahawan yang mempunyai bakat dan kepakaran tertentu, anda harus menggunakan segala bakat tersebut secara maksimum.
Ini bertujuan memastikan perniagaan yang anda jalankan mempunyai sentuhan anda sendiri, yang tentunya akan dicari oleh para pelanggan anda.
Bakat yang ada tidak harus disia-siakan.
#4 – Tidak bersedia bekerja lebih masa
Menjalankan perniagaan sendiri bukanlah seperti bekerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang.


Menjalankan perniagaan bermakna anda harus bekerja hampir 24 jam sehari (atau mungkin lebih).
#5 – Tidak mendapat sokongan keluarga
Kebanyakan perniagaan yang berjaya mendapat sokongan dari keluarga.
Dari segi kehidupan seorang Muslim, amat penting anda mendapatkan restu dari ibubapa sebelum memulakan sebarang perniagaan.
Maklumkan mereka kenapa dan mengapa anda menjalankan perniagaan.
#6 – Tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi
Modal permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan perniagaan semata-mata.
Ia bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut.
Modal yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi.
Namun, ia berbeza-beza mengikut jenis bidang perniagaan anda.
#7 – Tiada networking
Dalam apa sahaja perniagaan yang diceburi, networking ialah perkara yang tidak boleh dipandang remeh.

Anda cuba bayangkan sekiranya anda langsung tiada atau tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan (networking) dengan orang lain.
Mungkin ada dikalangan jaringan hubungan anda akan menjadi pelanggan utama anda. Apa yang akan anda kehilangan?
Dalam Islam juga mengajak umatnya menjalinkan silaturrahim sesama manusia.
Hanya melalui cara ini anda dapat mengembangkan perniagaan dengan baik, dan secara halus tanpa memaksa seseorang mendapatkan produk anda.
#8 – Tidak berusaha keras
Satu kerugian yang amat sangat sekiranya anda menjalankan perniagaan, tetapi anda tidak sanggup bekerja keras untuk perniagaan tersebut.
Sebagai usahawan, anda seharusnya seorang yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi supaya anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
#9 – Tidak sanggup berhadapan krisis
Banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh usahawan ketika menjalankan perniagaan.
Dugaan ketika berhadapan dengan pesaing, ketika mengalami kejatuhan keuntungan dan pelbagai lagi yang mungkin anda hadapi.
Anda perlu bijak menangani sebarang krisis yang timbul dalam menjalankan perniagaan.
#10 – Terlalu fokus pada produk
Ramai usahawan sebegini. Terlalu memfokuskan pada penghasilan dan jualan produk dan meminggirkan perkara penting yang perlu difokuskan.
Iaitu pemasaran dan khidmat pelanggan.
Pemasaran merupakan tonggak utama produk anda terjual, manakala khidmat pelanggan pula kunci utama supaya pelanggan yang membeli, atau mendapatkan servis anda menjadi pelanggan setia.
Sedar dan Tangani Faktor Ini Sekarang
Sepuluh faktor yang disebutkan ada pada setiap individu tanpa disedari.
Kadang-kala kita melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Sekiranya anda menyedari anda mempunyai sifat sebegitu, anda sudah mampu menanganinya supaya anda lebih berjaya dan menolak kegagalan dari perniagaan anda. Jadi untuk menjadi usahawan yang berdaya saing dan berjaya haruslah kita mempunyai sikap atau ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang usahawan yang ingin berjaya dan perkara ini telahpun diterangkan dalam ruangan artikel saya sebelum ini.

Bangkitlah dari kegagalan agar kita dapat mengecapi kejayaan


Lazada Malaysia



Wednesday, August 6, 2014

Ingin Menjadi Usahawan yang Berjaya

Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut tentang artikel ini untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan jika anda ingin menjadi seorang usahawan perniagaan yang berjaya. Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang perlu anda ada jika ingin menjadi usahawan yang berjaya iaitu:



1. Keperluan untuk kejayaan

Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.

3. Bebas dari aspek tindakan dan fikiran

Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan masalah

Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik

Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari persekitaran yang baik

Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu

Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk kawalan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan mencuri peluang

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah

Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat

Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat

Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. Ubah suai pentadbiran

Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. Kemahiran pengurusan

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa semangat waja

Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya.

23. Kepimpinan

Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha

Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25. Pandai membuat keputusan

Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.


" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."

Adakah anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda berdasarkan ciri-ciri di atas dan perbaiki segala kelemahan anda. Pasti anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya.


Lazada Malaysia



Saturday, August 2, 2014

Percaya pada Potensi Diri Anda

Assalamualaikum pada bakal-bakal BO semua...

Dalam kita tengah sibuk meraikan hari raya aidilfitri dengan penuh kegembiraan ini marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-NYA kita menyambut hari kemenangan umat islam ini dengan penuh kesyukuran setelah mengharungi sebulan berpuasa di bulan ramadhan dan kita kembali dalam keadaan fitrah dimana dosa-dosa kita yang dahulu diampunkan oleh Allah S.W.T.

Sehubungan itu, kita juga sudah terhindar dan dijauhi dari unsur-unsur negatif yang boleh menjejaskan potensi diri kita setelah kita dididik dan ditarbiah di bulan ramadhan yang lalu. Oleh itu, semailah dalam diri kita dengan unsur-unsur positif yang boleh meningkatkan potensi diri kita justeru membawa kita ke puncak kejayaan.

Jadi untuk artikel saya kali ini ingin membicarakan mengenai soal percaya pada potensi diri 




Ramai yang menghubungi saya yang menunjukkan minat terhadap perniagaan ini. Tapi sikap tidak yakin tentang kemampuan diri melemahkan semangat yang baru hendak menyala. Ramai yang risau tidak akan berjaya dan modal menjadi sia-sia. Ramai yang skeptikal tentang bagaimana mahu membina network sepertimana kehendak syarikat.

SAYA MERAYU KEPADA ANDA, SEKIRANYA ANDA BENAR-BENAR INGIN BERJAYA, TOLONG BUANG JAUH-JAUH SIFAT NEGATIF DAN RAGU DIRI INI.

Perniagaan memang ada risikonya, tapi perniagaan ini risikonya hampir 100% ditanggung oleh syarikat. Satu-satunya risiko yang anda tanggung sendiri adalah untuk menjayakan impian anda secara berterusan. Business is about ongoing learning process. Learn to expand your network and learn how to make more money. Jangan mudah puas hati dengan sedikit kejayaan, tapi berusaha untuk terus maju ke depan dan jangan mudah berputus asa jika anda ditimpa kegagalan jadikan kegagalan itu satu semangat atau dorangan untuk kita ingin berjaya di masa akan datang.

Cabaran pertama adalah mengatasi your own FEAR. Jauhkan bayang-bayang kegagalan, kerana itu akan menarik semangat anda ke belakang. Bangkit dengan keyakinan bahawa anda boleh. Percaya bahawa sekiranya anda katakan YA, maka anda boleh. Kejayaan anda hari esok, adalah hasil usaha anda hari ini. Benih yang anda baja hari ini, esok anda akan dapat hasilnya.

So ingat pesan saya, PERCAYA PADA DIRI ANDA. Lihat cermin dan katakan YA SAYA BOLEH, pasti anda akan BOLEH LAKUKANNYA.





Lazada Malaysia



Blog Reader