10 Faktor Usahawan Perniagaan Gagal | Ecos2 Untuk Semua
Click to go Dans Gift Site

Sunday, August 17, 2014

10 Faktor Usahawan Perniagaan Gagal

Banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar hanya beberapa tahun selepas dimulakan.


Lebih buruk, ada perniagaan yang terpaksa ditutup hanya setelah beberapa bulan beroperasi. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam dunia perniagaan. Di mana-mana sahaja kita akan dapat melihat situasi ini. Perniagaan yang baru beroperasi tidak sepatutnya gulung tikar dalam masa yang singkat.

Jadi dalam ruangan artikel saya kali ini ingin membicarakan tentang faktor-faktor mengapa kebanyakan usahawan perniagaan yang sedang baru berkembang telahpun terkandas atau mengalami kerugian dalam jangka masa yang singkat dan topik ini amat bagus sekali untuk kita kongsikan bersama dengan anda semua memandangkan rata-rata zaman sekarang ini semua ingin mencari peluang untuk berniaga bagi mendapatkan pendapatan sampingan dengan mengharapkan makan gaji sahaja tidak cukup untuk kita menampung kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini.
10 Faktor Perniagaan Gagal
Di sini saya senaraikan sepuluh faktor yang menjadi punca kegagalan seseorang usahawan baru dalam perniagaan.
#1 – Tidak mempunyai pengalaman dan kelayakan
Tidak mustahil bagi seseorang usahawan yang tidak mempunyai sebarang pengalaman , atau kelayakan akademik dalam bidang berkaitan berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
Namun tidak mustahil juga untuk usahawan yang tiada sebarang pengalaman, atau ilmu mengalami kerugian dalm perniagaan.
Terdapat banyak kursus atau seminar yang ditawarkan kepada usahawan untuk mendapatkan ilmu perniagaan, selain dari institut-institut pengajian atau kolej yang menawarkan pendidikan secara formal.
#2 – Tidak mempunyai skill dalam pengurusan
Kesilapan yang dilakukan ramai usahawan ketika ini ialah, mereka hanya tahu menguruskan belanjawan syarikat untuk mendapatkan stok atau produk.
Tetapi tidak mampu untuk menguruskan belanja tersebut supaya syarikat mempunyai simpanan dan wang pusingan modal yang mencukupi.
#3 – Tidak menggunakan bakat secara maksimum
Sesetengah usahawan adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti jurureka dalaman (interior designer) atau jurufoto.
Sebagai usahawan yang mempunyai bakat dan kepakaran tertentu, anda harus menggunakan segala bakat tersebut secara maksimum.
Ini bertujuan memastikan perniagaan yang anda jalankan mempunyai sentuhan anda sendiri, yang tentunya akan dicari oleh para pelanggan anda.
Bakat yang ada tidak harus disia-siakan.
#4 – Tidak bersedia bekerja lebih masa
Menjalankan perniagaan sendiri bukanlah seperti bekerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang.


Menjalankan perniagaan bermakna anda harus bekerja hampir 24 jam sehari (atau mungkin lebih).
#5 – Tidak mendapat sokongan keluarga
Kebanyakan perniagaan yang berjaya mendapat sokongan dari keluarga.
Dari segi kehidupan seorang Muslim, amat penting anda mendapatkan restu dari ibubapa sebelum memulakan sebarang perniagaan.
Maklumkan mereka kenapa dan mengapa anda menjalankan perniagaan.
#6 – Tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi
Modal permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan perniagaan semata-mata.
Ia bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut.
Modal yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi.
Namun, ia berbeza-beza mengikut jenis bidang perniagaan anda.
#7 – Tiada networking
Dalam apa sahaja perniagaan yang diceburi, networking ialah perkara yang tidak boleh dipandang remeh.

Anda cuba bayangkan sekiranya anda langsung tiada atau tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan (networking) dengan orang lain.
Mungkin ada dikalangan jaringan hubungan anda akan menjadi pelanggan utama anda. Apa yang akan anda kehilangan?
Dalam Islam juga mengajak umatnya menjalinkan silaturrahim sesama manusia.
Hanya melalui cara ini anda dapat mengembangkan perniagaan dengan baik, dan secara halus tanpa memaksa seseorang mendapatkan produk anda.
#8 – Tidak berusaha keras
Satu kerugian yang amat sangat sekiranya anda menjalankan perniagaan, tetapi anda tidak sanggup bekerja keras untuk perniagaan tersebut.
Sebagai usahawan, anda seharusnya seorang yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi supaya anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
#9 – Tidak sanggup berhadapan krisis
Banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh usahawan ketika menjalankan perniagaan.
Dugaan ketika berhadapan dengan pesaing, ketika mengalami kejatuhan keuntungan dan pelbagai lagi yang mungkin anda hadapi.
Anda perlu bijak menangani sebarang krisis yang timbul dalam menjalankan perniagaan.
#10 – Terlalu fokus pada produk
Ramai usahawan sebegini. Terlalu memfokuskan pada penghasilan dan jualan produk dan meminggirkan perkara penting yang perlu difokuskan.
Iaitu pemasaran dan khidmat pelanggan.
Pemasaran merupakan tonggak utama produk anda terjual, manakala khidmat pelanggan pula kunci utama supaya pelanggan yang membeli, atau mendapatkan servis anda menjadi pelanggan setia.
Sedar dan Tangani Faktor Ini Sekarang
Sepuluh faktor yang disebutkan ada pada setiap individu tanpa disedari.
Kadang-kala kita melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Sekiranya anda menyedari anda mempunyai sifat sebegitu, anda sudah mampu menanganinya supaya anda lebih berjaya dan menolak kegagalan dari perniagaan anda. Jadi untuk menjadi usahawan yang berdaya saing dan berjaya haruslah kita mempunyai sikap atau ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang usahawan yang ingin berjaya dan perkara ini telahpun diterangkan dalam ruangan artikel saya sebelum ini.

Bangkitlah dari kegagalan agar kita dapat mengecapi kejayaan


Lazada Malaysia




0 comments:

Blog Reader