Tak yakin memulakan bisnes sendiri? Rasa berat, tak yakin, dan was-was nak mulakan bisnes sendiri itu memang perkara biasa bagi orang baru. Memang bertuahlah siapa yang mulakan bisnes dengan bersemangat dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi sebab kebanyakkan orang berjaya hari ni pun penuh dengan ragu-ragu masa nak bermula…
Chef Li Jutawan Senyap pun lemah semangat masa mula start bisnes. 1001 perasaan ragu-ragu masa nak mula. Sifu kami beberapa kali fikir nak berhenti masa mula-mula start bisnes. Irfan Khairi cuma dapat 3 customer setahun berniaga. Azizi Ali rugi RM100,000 buka bisnes pertama dia jual alatan muzik. Robert Kiyosaki jatuh bangkrap dengan bisnes pertama dia…
Itulah dia kalau nak bercakap pasal “semangat”….
Jadi untuk ruangan artikel saya ini akan menerapkan tentang pentingnya untuk kita tukar persepsi diri bergantung pada persekitaran kita. Jenis persekitaran yang bagaimana harus kita tempuhi untuk kita ubah pemikiran kita ke arah untuk memulakan bisnes sendiri, jadi luangkan masa anda sebentar di blog kami ini untuk mendapatkan kepastian atau jawapan yang selama ini anda masih tercari-cari bagi mereka yang sudah mulakan bisnes mahupun yang baru ingin ceburi dalam bidang perniagaan ini. Oleh itu sama-samalah kita ambil ilmu yang berguna ini untuk kita guna pakai di luar sana.
Tukar Environment, Dapatkan Semangat
Semangat tak datang dengan duduk sahaja. Kena keluar rumah… tukar enviroment… bergaul dengan orang bisnes, hadiri perjumpaan bisnes, baca buku bisnes, dengar CD orang berjaya. Itulah ‘makanan’ harian untuk terus bersemangat dengan bisnes dan juga agama. Hadir majlis ilmu, hadir usrah, jumpa sahabat yang soleh, berjemaah di surau dan masjid, dengar CD kuliah dan Quran, baca Al-Quran dan buku-buku agama. Itulah cara nak terus ‘bersemangat’ dalam beragama.
Tips yang saya bagi ni bukan teori, tapi inilah antara prinsip yang diamalkan oleh SESIAPA SAHAJA untuk berjaya. Baca 1000 buku pun, mereka tetap akan cakap tentang pentingnya tukar environment (bahan bacaan, pergaulan, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar) untuk berjaya. Pentingnya biah solehah (suasana membina) kalau nak jadi orang soleh dan solehah. Irfan Khari, Chef Li, Kiyosaki, Azizi Ali, dan semua orang berjaya akan bercakap benda yang sama iaitu Tukar environment…
Berikan Masa 6 Bulan, Tukar Environment
Tak ada keajaiban dengan hanya duduk di rumah dan berfikir sepanjang hari. Kalau sahabat dan rakan-rakan di luar sana ingin nak mulakan bisnes sendiri, cara paling mudah ialah tukar environment dulu. Dengan izin tuhan, insyallah semuanya akan jadi lebih mudah.
Persoalannya, berapa lama perlu tukar environment baru bisnes jadi mudah? Menurut Kiyosaki, sekurangnya 6 bulan, bukan hari ni datang seminar, esok jadi jutawan! Bukannya sekali datang seminar, bulan depan bisnes kencang. Datang seminar, hadir workshop, baca buku, bergaul dengan orang berjaya secara konsisten at least 6 bulan, insyaAllah sahabat semua akan nampak bisnes ni tak lah sesusah yang disangka… Susah hanya bagi orang yang belum ada mindset yang betul tentang bisnes… Nak tukar mindset tak mungkin berlaku dalam satu malam. Ia bermula dengan tukar environment….
Wallahu a'lam...
HIDUP ANDA TIDAK MENJADI LEBIH BAIK SECARA KEBETULAN, TETAPI AKAN MENJADI LEBIH BAIK DENGAN PERUBAHAN
0 comments: