Ecos2 | Ecos2 Untuk Semua
Click to go Dans Gift Site

Ecos2

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog kami yang masih setia dan tidak jemu untuk membaca intipati yang saya ingin sampaikan ini. Untuk pengetahuan anda semua merujuk pada artikel saya yang bertajuk "Suatu Revolusi Baru Perniagaan eCosway akan diperkenalkan" ada menceritakan tentang satu plan baru yang hebat dan menarik akan diperkenalkan bagi menggantikan plan yang lama dan plan baru ini diberi nama eCos2. Apa yang menarik tentang plan eCos2 ini, yang pastinya ramai BO di luar sana tertanya-tanya malahan ada yang tidak sabar lagi untuk menantikan saat peluang sebegini dimana sebentar lagi saya akan menceritakan apa itu eCos2. Jadi marilah sama-sama kita ambil sedikit masa untuk mengetahui plan eCos2 ini.

Sebelum saya menceritakan apa itu eCos2, saya ingin berkongsi serba sedikit dengan anda semua tentang plan eCospic dimana plan ini yang dahulunya telah diperkenalkan oleh salah sebuah syarikat MLM yang terkemuka di USA yang diterajui oleh Glenn Jensen dan ini adalah hasil gabungan antara syarikat eCosway dibawah naungan Berjaya Group Sdn Bhd dan Epic Era untuk mengwujudkan satu plan yang menarik diberi nama eCospic serta dapat menjana pendapatan yang lebih lumayan melalui konsep smart consumer plan.

Tetapi di sini saya tidak ingin menceritakan dengan panjang lebar tentang eCospic. Saya cuma ingin membuat sedikit perbezaan antara plan eCospic dan plan baru eCos2 yang akan saya terangkan kemudian. Dua nama plan yang berbeza bererti plan yang ingin disampaikan pun juga berbeza tetapi masing-masing mempunyai kelebihannya tersendiri.

Jadi apa perbezaan plan eCospic dengan plan eCos2 ini?

Plan eCospic yang dahulunya dan sekarang ini digantikan dengan plan eCos2 yang baru adalah Smart Consumer Plan. Smart Consumer Plan ini adalah plan di mana kita menukar segala barangan peribadi dan barang-barang asas dirumah seperti sabun, ubat gigi, berus gigi, shampoo, supplement dan sebagainya yang sebelum ini dibeli di tesco atau giant (dan tidak mendapat apa-apa pulangan mahupun pendapatan) kepada barang-barang yang dijual di Cosway dan pada masa yang sama menjana income yang lumayan setiap MINGGU, tidak perlu risau nak tunggu hujung bulan untuk dapat duit gaji lagi, best tak?.

Tetapi perbezaan kedua-dua plan ini adalah dari segi nisbah dan nilai ev itu sendiri dimana ev ini adalah berdasarkan pada pembelian produk di cosway serta Guarantee Income, Personal Team Bonus, Team Cycle Comission dan Ranking dalam plan tersebut.

 
     
Plan eCospic perlu memperkenalkan 2 orang rakan untuk duplikasi apa yang telah kamu lakukan iaitu bertukar dan membeli barangan Cosway setiap bulan, minimum lebih kurang RM300 sebulan. 

Bila 1 mencari 2 orang rakan, 2 rakan mencari lagi 2 orang rakan setiap seorang, lama2 network akan berkembang dan itulah dia POWER of 2! Disebabkan Cosway Epic adalah plan yang berteraskan pengunaan dan penjualan produk jadi repeat sales akan sentiasa masuk setiap bulan dari setiap ahli yang menyertai plan ini. Tidak perlu risau lagi sekiranya network tiba-tiba terhenti kerana kita tetap makan dan menggunakan semua produk selagi kita hidup  Inilah kekuatan plan ecospic, iaitu "repeat sales" produk, dan kita tak berteraskan money game semata-mata yang jarang sekali bertahan lama. Cosway sudah lebih 30 tahun di dalam pasaran Malaysia

 

Ini adalah plan eCospic yang dulunya kita akan diberi tiga pilihan untuk memulakan bisnes ini dengan membuat pembelian ev iaitu membeli barangan eCosway dan epic. Jadi dengan plan ini kita akan mendapat keuntungan daripada kedua-dua belah pihak.

 

Dalam plan eCospic ini juga terdapat pelbagai pulangan keuntungan yang sangat lumayan seperti peluang untuk pergi melancong, personal team bonus dan juga ada kenaikan pangkat seperti mentor,legend,icon, humanitarian dan lain-lain lagi. Ini akan berlaku setelah kita mengumpul nilai ev dan mempunyai bilangan networking berdasarkan atas syarat untuk mendapat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan. 

Setelah mengetahui serba sedikit tentang plan eCospic sebentar tadi, sudah tiba masanya saya ingin menceritakan tentang plan eCos2 ini.

Revolusi Perjalanan Perniagaan Ini


Jadi sama-sama kita saksikan video slide yang saya ingin paparkan pada anda semua di bawah ini. Lihatlah dengan penuh teliti.

Nota: Sila tekan pada butang play untuk memainkan video slide ini
     dan anda boleh mendapatkan slide baru mengenai ecos2
 di bahagian ruangan dokumen

Anda sudah melihat video di atas ini. Jadi di sini apa yang saya nak terangkan adalah plan ecos2 ini adalah amat berbeza dari plan ecospic yang dahulunya tetapi masih mengekalkan konsep smart consumer plan.

Untuk plan ecos2 ini, kita hanya perlu mencari 3 orang "Rakan Hati" di bawah kita dan jika anda sudah mempunyai 3 orang "Rakan Hati" dan mereka semua membeli 200ev bagi setiap seorang maka 2 cycle akan terlaksana dan 2 cycle ini bersamaan RM300 (Komisen) dan seperti yang kami sedia maklum juga dalam plan ecos2 ini tiada lagi konsep 14 & 8USD per 1 cycle. Jadi sekarang, mudah untuk kita teruskan perjalanan perniagaan ini dengan hanya menjadi smart consumer dan ecos2 juga boleh membeli produk secara berasingan tidak perlu fokus pada set ev semata-mata tetapi ada juga produk ev set, namun terpulang kepada diri kita bagaimana hendak berbelanja di ecos2 cuma kita hanya perlu maintain 50ev setiap bulan.

Dari segi pendapatan eCospic yang dulunya memerlukan 11 bulan untuk mencapai pendapatan 5 angka, tetapi tidak lagi sekarang, di mana plan ecos2 ini hanya perlukan 7 bulan sahaja....Menarik Bukan!!!.Dan yang lagi hebat sekali, selepas bulan ke 2 kita sudah mendapat RM300 minimum income. Jadi untuk bulan ke 3, kita hanya perlu maintain 50ev sahaja dan 50ev ini bersamaan RM198. Pendapatan lain dalam ecos2 seperti Team Cycle Commission dan Personal Team Bonus amat berbeza dengan ecospic dan dijangkakan kita akan memperolehi pendapatan 5 angka dalam masa 6 bulan sahaja. Sungguh menakjubkan.

Dari segi rank pula, plan ecospic yang dulunya mempunyai rank seperti Mentor, Legend dan Hero, tetapi sekarang ini kita tidak lagi mengguna pakai nama rank tersebut. Dalam plan ecos2 ini rank kita diberi nama Leadership 1,2,3 dan seterusnya dan untuk mencapai rank tersebut adalah berbeza dari plan sebelum ini.

Untuk mencapai rank tersebut, sebagai contoh jika kita membeli 200ev untuk bulan pertama secara tidak lansung kita terus mendapat rank Leadership 3 dalam bulan yang sama dan selepas itu kita hanya perlu maintain 50ev setiap bulan sahaja dan ini adalah jalan pintas untuk kita mendapat rank dengan cepat, senang dan mudah. Jadi sudah terbukti plan ecos2 ini sangat menarik dan bagus sekali jika dibandingkan dengan plan ecospic yang dahulunya.

Tetapi sekiranya jika kita tidak maintain 50ev setiap bulan. Apa akan terjadi?. Di sini telahpun timbul persoalan dimana saya yang akan menjawab persoalan ini. OK, jika kita tidak maintain 50ev setiap bulan, sebagai contoh kita telah membeli 200ev pada bulan pertama dan secara automatik kita telahpun mendapat rank Leadership 3, tetapi malangnya bulan yang berikut kita tidak dapat maintain, jadi kita akan diturunkan ke Leadership 2, dan selepas itu, jika bulan yang seterusnya kita masih tidak dapat maintain akan diturunkan pangkat ke Leadership 1 dan jika bulan yang ke 3 kita masih lagi tidak maintain kita ketiadaan rank lagi.

Jadi selepas ini, apakah tindakan kita untuk mendapatkan balik semula rank yang kita dapat sebelum ini, jawapannya kita perlu lakukan secara manual dengan menambah bilangan networking (downline) kita, ini bermakna kita perlu bekerja keras untuk mengumpul ev bagi melayakkan diri kita untuk mendapat rank semula dalam ecos2. Segala maklumat ini anda boleh rujuk semula pada video slide di atas.

Untuk itu, amat penting sekali untuk kita maintain dan jika kita tidak maintain kita akan diturunkan pangkat.....TETAPI KENAPA???

KENAPA KITA PERLU MAINTAIN
- Untuk kejayaan bersama agar semua boleh dapat manfaat darinya
- Sebab untuk pengukuhan syarikat
- Untuk jangka masa panjang dan seterusnya menjamin bonus yang    berkekalan kepada para ahli ecosway
- Untuk menjadikan bisnes ini berkekalan dalan jangka masa yang panjang    dan terus gah di Malaysia serta di persada antarabangsa.
Setelah anda melihat dan membaca segala penerangan saya mengenai plan baru perniagaan ini apakah pendapat anda mengenai plan ecos2 ini, adakah ia akan memberi banyak manfaat kepada kita semua atau sebaliknya dan sejauh manakah plan ini boleh bertahan. Jadi sama-samalah kita berdoa dan berharap agar plan in akan berkekalan sebab segala kelebihan yang ada pada plan ecos2 ini telah saya ceritakan pada anda semua dalam ruangan ini. Bagi mereka yang sudah menyertai bisnes perniagaan ini jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk kita meraih dan menambah pendapatan yang lebih lumayan dan teruskan perjuangan anda dan bagi mereka pula yang tengah masih mencari peluang perniagaan, inilah bisnes perniagaan yang bakal anda miliki. Jadi akhir kata dari saya "JUMPA KITA DIPUNCAK KEJAYAAN" dan saya berdoa agar kita semua dapat capai apa yang kita inginkan. Amin.....


ECOS2!!!
BERSAMA KE ARAH PENDAPATAN 5 ANGKA SETIAP BULAN!!!...

* PENDAPATAN 5 ANGKA SETIAP BULAN!!!
* MODAL SERENDAH RM198 SAHAJA!!
* HANYA 3 LANGKAH MUDAH!

UNTUK KETERANGAN LANJUT.SILA HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA DI BAWAH INI

Applicable in mobile version only especially smartphone


Applicable in mobile version only especially smartphone




Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Kami Ini!!!




0 comments:

Blog Reader