eCOSWAY Bukan Perniagaan Franchais | Ecos2 Untuk Semua
Click to go Dans Gift Site

Sunday, July 13, 2014

eCOSWAY Bukan Perniagaan Franchais

Ikuti Penjelasan selanjutnya.....

ARTIKEL ini BUKAN untuk mempromosikan perniagaan ECOSWAY tetapi Artikel ini bertujuan menjelaskan kedudukan atau TARAF perniagaan Ecosway yang sering mengelirukan orang ramai melalui iklan-iklan yang dikeluarkan oleh Ahli-Ahli Ecosway di Internet.

Sebagai Freelance Business Consultant, saya merasa perkara ini harus diberi kupasan dan penerangan daripada pendapat bebas yang tidak ada kepentingan dengan Syarikat Ecosway.

ANALISA SAYA

Melalui Analisa yang saya lakukan terhadap penubuhan Syarikat Ecosway ini, perkara-perkara berikut amat terang dijelaskan melalui Business Profile syarikat Ecosway. Dengan kupasan ini diharap orang ramai tidak akan terkeliru dengan laungan anggota pemasaran Ecosway yang mengatakan Ecosway ADALAH syarikat yang mengamalkan FRANCHISE.

Melalui analisa saya juga, Syarikat Ecosway merupakan anak syarikat Berjaya Group yang menguasai syarikat COSWAY CORPORATION LIMITED di Hong Kong melalui beberapa pengambilan saham dengan penguasaan majoriti pada tahun 1994.

PENJELASAN ECOSWAY

Di Artikel CORPORATE PROFILE syarikat ini JELAS mengatakan bahawa Ecosway berteraskan  Global Network Marketing yang mengguna-pakai sistem Multi Level Marketing apabila Ecosway diperbadankan di Malaysia pada December 2008.

Dan teras perniagaan Ecosway pula berlandaskan DIRECT SELLING untuk kesemua produk-produk yang dipasarkan mereka dan Ecosway melalui Corporate Profile mereka TIDAK PERNAH mengatakan bahawa mereka menjalankan pemasaran produk mereka secara FRANCHISE.

Melalui satu lagi Artikel, pihak Ecosway HANYA berkata bahawa konsep pemasaran mereka SEAKAN-AKAN konsep FRANCHISE tetapi BUKAN FRANCHISE sebenar dimana mereka menamakannya sebagai INDEPENDANT BUSINESS OWNER (BO) yang di formulakan oleh pihak syarikat Ecosway. 

KESIMPULAN

Dengan ini saya penuh YAKIN bahawa perniagaan syarikat Ecosway BUKAN berkonsepkan FRANCHISE dan tidak pernah melakukan konsep Franchise didalam sistem pemasaran terhadap semua barangan syarikat mereka.

Hanya Ahli-AHli atau Independant Business Owner mereka sahaja yang MENGGUNA-PAKAI perkataan FRANCHISE dengan tujuan meyakinkan orang ramai mengenai sistem pemasaran mereka.Tindakkan seperti ini seperti memberi MAKLUMAT YANG SALAH kepada bakal-bakal Usahawan yang kurang arif berkenaan terma-terma sistem pemasaran perniagaan.

Saya juga YAKIN, pihak PENTADBIRAN UTAMA syarikat Ecosway tidak terlibat secara langsung mengenai penggunaan perkataan FRANCHISE dimana-mana iklan mengenai Ecosway. Kerana melalui Corporate Profile, mereka sudah jelas mengatakan bahawa Ecosway menggunakan sistem MULTI LEVEL MARKETING atau MLM. 

Dengan perungkaian status sistem pemasaran Ecosway ini, saya berharap orang ramai tidak akan terkeliru lagi mengenainya.Terpulang kepada penilaian diri masing samaada untuk menganggotai Ecosway ataupun tidak kerana Artikel ini ditulis BUKAN dengan tujuan mempromosi ataupun membantah perniagaan Ecosway 

UNTUK KETERANGAN LANJUT.SILA HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA DI BAWAH INI

Applicable in mobile version only especially smartphone


Applicable in mobile version only especially smartphone






0 comments:

Blog Reader