Assalamualikum,
Sebagai manusia yang beragama Islam, sudah tentu saya jugak ingin mengambil berat tentang pendapatan saya samada ia adalah jenis pendapatan yang datang dari sumber yang halal dan diberkati oleh Allah. Dari itu saya bertanggungjawab untuk mengetahuinya dan mencari maklumat tentang isu halal dan haram ini. Disini adalah hasil kajian saya, diharap anda semua faham dan memahaminya.
eCosway adalah satu syarikat antarabangsa dengan para Pembeli, Pembekal dan Pemilik Perniagaan yang terdapat diseluruh pelusuk dunia ini. Ibupejabatnya terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang amat indah sekali. Syarikat induknya Cosway Malaysia adalah salah satu daripada syarikat jualan langsung terunggul di rantau ini dengan 350 pusat jualan tetap yang menjual pelbagai produk pengguna. Sejak ditubuhkan pada tahun 1979, Cosway telah mencapai reputasi yang luar biasa dan rekod perniagaan yang menakjubkan. Modal berbayarnya adalah RM 155 juta dan anak syarikat milik penuh Cosway Corporation Berhad.
Cosway Corporation Berhad disenaraikan dalam BSKL (Bursa Saham Kuala Lumpur). Modal berbayarnya sebanyak RM344 juta (lebih kurang AS .6 juta). Ianya mencatitkan pulangan sebanyak RM1.26 billion (lebih kurang AS .5 juta) bagi tahun kewangan yang berakhir pada April 30, 2004. Cosway Corporation Berhad juga secara 'inter-alia' memiliki Singer Malaysia, sebuah syarikat pelopor yang menjual mesin jahit, pelbagai barangan kegunaan rumah dan perabot.
Jawapan :
Namun, Jika ia terima atas jual beli barangan halal (macam produk ECosway) , atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram syarikat gergasi yang membayar cukai seperti Genting,TOTO, Magnum dan syarikat lain seperti perjudian atau arak, atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram. Contohnya seorang guru, menerima wang gaji dari kerajaan kerana tugasnya mengajar anak bangsa, kerjanya halal kan? Maka wang gajinya adalah upah bagi kerjanya yang halal, adalah halal meskipun diketahui salah satu penyumbang pendapatann negara yang terbesar adalah Genting, dan sebagainya.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang yang dia ambil dari kita, yang tiada kaitan dengan judi. .Lalu kita terima wang itu atas akadnya kerana menerima kembali wang hutang. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan, jika kita ketahui wang itu wang rompakan dan telah menganiaya pihak lain.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
Contoh seterusnya kita membeli sekotak milo di Giant. Kita buat bayaran di Cashier kan? Hasil pungutan jualan / sales collection akan digunakan untuk membeli stok baru termasuk stok di "non-halal department"... halal kah milo yang kita beli kerana capital yang mereka pakai adalah bercampur dengan hasil jualan barangan halal dan juga haram? jawapannya halal kerana pembelian stok tersebut telah melalui proses kitaran yang lain. Yang mana, kita dapat milo tu sebagai barang halal, dengan duit yang halal. dari mana asalnya milo itu, dengan duit apa Giant beli milo itu adalah transaksi yang lain.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”.
(Surah al-An’am, ayat 164)
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat al-Baihaqi,“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”.
(Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya”
(al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”
“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..”
(al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).
wallahualam...

Applicable in mobile version only especially smartphone

Applicable in mobile version only especially smartphone
0 comments: